SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaksamana naik kuda, Kuda datang dari Acheh; Bukan senang bermain muda, Nak ada ilmu yang terpilih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata senang. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis.
Lihat selanjutnya... |
|