SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSongket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara |
|
Puisi |
---|
|
Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati.
Lihat selanjutnya... |
|