SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnyam sumpit di Pulau Lindung, Buat bekal bunga lada; Kalau tak sabit bukit melindung, Hari-hari bertentang mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit. |
|
Puisi |
---|
|
Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama.
Lihat selanjutnya... |
|