SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Endut pergi Mersing, Singgah berhenti Pulau Sialu; Hati risau bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau padi dibakar tebing, Habis dimakan anak katak; Hati mana tidak runsing, Orang ada saya tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata. |
|
Tesaurus |
---|
| runsing | | Rujuk :risau |
|
Puisi |
---|
|
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua.
Lihat selanjutnya... |
|