SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibut-ribut tumpang kereta, Ayam tergolek di dalam belanga; Orang berebut sama sebangsa, Tak molek secara mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSingapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSingapura dilanggar ribut, Ribut datang dari seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan ribut saya tak basah, Bukit Tenging bercabang tiga; Makan minum bujang tak susah, Sakit pening siapa nak jaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMusim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. |
|
Puisi |
---|
|
Ribut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa.
Lihat selanjutnya... |
|