SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendang-rendang di pintu kandang, Pucuk bayam kutumis sahaja; Rindu siang kubawa bertandang, Rindu malam kutangis sahaja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendang sungguh si pohon beringin, Berhenti rehat tengah hari; Bila hati sudah teringin, Tua muda hamba tak peduli. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendang lada disimpul pulih, Banyak udang di Pasir Mayang; Pandang ada ambil tak boleh, Banyak orang kasih dan sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTimun rendang di pintu kandang, Batang bayam saya tumiskan; Rindu siang bawa bertandang, Rindu malam saya tangiskan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPokok pauh dahannya rendang, Buah mengkudu dijolok nyonya; Adik jauh memang dikenang, Hati rindu apa ubatnya? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau betik limau rendang, Sayang keroncong berisi padi; Tinggal adik abang nak pulang, Ada umur berjumpa lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga. |
|
Puisi |
---|
|
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.
Lihat selanjutnya... |
|