SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi batunya rendah; Hajat hati kepadanya tuan, Langit yang tinggi menjadi rendah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLagi pauh permatang rendah, Ambil cengal buat kemudi; Dari jauh abang datang, Dengar dinda baik budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Pauh sematang rendah, Anak Cina bawa kemudi; Lagi jauh abang datang, Mendengar adik baik budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTumbuh padi tumbuhnya rendah, Patah dilanyak si anak Cina; Harap hati terlalu gundah, Mengenang tuan entah di mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi petang siang malam, Tinggi rendah panjang lebar; Di luar pisang racun di dalam, Penawar mudah banyakkan sabar. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata rendah. |
|
Puisi |
---|
|
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.
Lihat selanjutnya... |
|