SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRedup-redup palu rebana, Raja berangkat ke Johor Lama; Makan tak sedap tidur tak lena, Ingatkan abang duduk di mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup berjalan di kota, Alamat hujan malam hari; Kalau hidup tak punya harta, Biarlah mati tinggalkan budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup membuat gambar, Gambar dibuat dengan cermat; Hidup kita mahu sabar, Baru kita dapat selamat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari redup mari menuba, Dapat seekor ikan tapah; Bukan hidup kerana doa, Mati tidak kerana sumpah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi bukit kampung Melayu, Panas redup sampai ke petang; Petang sedikit hatiku sayu, Bilakah kekasih mari datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIbu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
|
Tesaurus |
---|
| redup | | Rujuk :teduh |
|
Puisi |
---|
|
Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung.
Lihat selanjutnya... |
|