SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPotong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPotong sirih kutil hujungnya, Potong sampai kedai Cina; Datang kasih memujuk-mujuknya, Kasih tidak berkekal lama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPotong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan lonteng perkara lonteng, Lonteng datang dari Labuan; Bukan runding perkara runding, Runding biasa potong haluan. |
|
Puisi |
---|
|
Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.
Lihat selanjutnya... |
|