SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina masuk berperang, Bawa senjata dengan rotan; Sungguh rimau panglima garang, Pelanduk kecil raja di hutan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia. |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai.
Lihat selanjutnya... |
|