SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan melantak paku, Paku dilantak dalam perahu; Ambil pedang bunuhlah aku, Bercerai kasih tidak kumahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPaku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPaku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLoceng berbunyi pukul lapan, Perahu belayar kena ribut; Kasih seperti paku di papan, Pecah papan paku tercabut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga paku tidak berbuah, Sama juga bunga kelapa; Jongok Batu kampung bertuah, Sampai ke mana saya tak lupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk paku buah pauh, Mari jual di simpang empat; Jangan dirindukan orang yang jauh, Carilah gantinya orang yang dekat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. |
|
Puisi |
---|
|
Terang bulan melantak paku, Paku dilantak dalam perahu; Ambil pedang bunuhlah aku, Bercerai kasih tidak kumahu.
Lihat selanjutnya... |
|