SumberKurik Kundi Merah SagaPuisi8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju kurung pakaian asli, Turun-temurun bangsa Melayu; Lagi cantik bertambah seri, Dipandang lama rasa tak jemu. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeris sempena ganja menampang, Pakaian anak raja Melayu; Banyak-banyak pergi berdagang, Bencana banyak mendaun kayu. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEntah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKeris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah. |  
  SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai tarbus orang Jerman, Pakaian lama menjadi kain; Barang yang lepas mintaklah kenan, Dalam kenan hak orang lain. |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Baju kurung pakaian asli,      Turun-temurun bangsa Melayu;  Lagi cantik bertambah seri,      Dipandang lama rasa tak jemu.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |