SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMuatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHaluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa datang dari Rengat? Sarat muatan buah rambutan; Abang jangan rindu sangat, Cubalah lihat dalam bulan. |
|
Puisi |
---|
|
Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.
Lihat selanjutnya... |
|