SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMuara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya. |
|
Puisi |
---|
|
Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala.
Lihat selanjutnya... |
|