SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBasikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRakyat datang menaiki lancang, Lancang hanyut ke Kuala Linggi; Adik suka mengikut abang, Kalau tak abang siapa lagi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik di dalam longkang, Habis dimakan anak buaya; Kalaulah adik mengikut abang, Bolehlah abang berkira-kira. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDuri dibuang sakit pun hilang, Duri dibuang di dalam raga; Adik hendak mengikut abang, Boleh adik bersuka ria. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang. |
|
Tesaurus |
---|
| ikut | | Kata Terbitan : ikut-ikut, ikut-ikutan, berikut, berikut-ikut, berikutan, mengikut, mengikut-ikut, mengikuti, terikut-ikut, pengikut, |
|
Puisi |
---|
|
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.
Lihat selanjutnya... |
|