SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEnutuk mengambil upah, Siapa menampikan? Amun buruk tapih kurupah, Siapa menggantikan? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiZam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNegeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak orang ambil baja, Saya seorang mengambil padi; Banyak orang balik saja, Saya seorang gagah menanti. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil |
|
Puisi |
---|
|
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 194 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan lukah di pergentingan The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|