SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAbang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasir putih Pasir Linggi, Tempat abang bermain bayang; Adik putih mahligai hati, Di situ tempat abang sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung. |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Lihat selanjutnya... |
|