SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLetak di tengah talam, Mari tumbuk kutapisi; Bangun tersedak tengah malam, Bantal kupeluk kutangisi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina menggali cacing, Letak mari dalam tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Pada ditimbang baik diborong. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain baju sutera gumbang, Letak berlipat di atas peti; Lain dituju lain yang tumbang, Tidaklah dapat hajat di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak udang ada sejemput, Letak mari atas pelantar; Datang tidak menjemput, Balik tidak berhantar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan pelikat hijau, Letak mari haluan perahu; Luka di tangan kerana pisau, Luka di hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari ditetak tebu sejunjung, Letak mengkuang di tanah lubuk; Adik menanti tikar segulung, Masuk abang bercium peluk. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain perai baju pun perai, Letak mari atas peti; Hancur badan tulang berkecai, Budi adik dibawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi. |
|
Puisi |
---|
|
Ambil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya.
Lihat selanjutnya... |
|