SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanah Seleboh tanahnya lembah, Pucuk keduduk bercabang dua; Sungguh lembah tempatnya singgah, Menumpang duduk setahun dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIbu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi pulut tanahnya lembah, Sarang penyengat perdu mengkuang; Jikalau ikut sampai ke rumah, Takut ditengok olehlah orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlar pucuk jatuh ke lembah, Ular lidi jatuh berdebab; Surat sepucuk datang menyembah, Kalau sudi segelah jawab. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau purut tanam di lembah, Gugur buahnya dimakan ular; Belum pernah saya beroleh, Baru ini iman tergugur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulau Beringin Simpang Renggam, Padi pulut tanahnya lembah; Abang ini sirih digenggam, Mari ikut sampai ke rumah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasak bubur terlalu cair, Makan dicampur dengan nira; Tanah lembah kandungan air, Kayu bengkok titian kera. |
|
Puisi |
---|
|
Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua.
Lihat selanjutnya... |
|