SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur muda jangan lebat, Kalau lebat patahmayang; Orang muda jangan mengebat, Kalau ngebat ditinggal tunang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisi8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam lebat di tanah Jambi, Naik ke darat bertanam getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat haram tak basah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat di Gunung Api, Bakar udang di tengah reba; Saya tak larang tuan berlaki, Kasih sayang jangan dilupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRambai lebat di tepi padi, Lagi dijurai lagi ditutuh; Kalau boleh bagai di hati, Rambut sehelai belah tujuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
|
Tesaurus |
---|
| lebat | | Rujuk :tebal |
|
Puisi |
---|
|
8Betapa lebat bunga remia, Lebat lagi bunga pegaga; Betapa hebat pakaian dunia, Hebat lagi pakaian syurga.
Lihat selanjutnya... |
|