SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang Lampai membanting gabus, Air di laut tenang-tenangan; Jika sampai alangkah bagus, Tidak menjadi kenang-kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDaun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsap api bergulung-gulung, Anak buaya terlampai-lampai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSi kuyong burung pipit, Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit, Tegal dek ajal belum sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBentang tikar luas-luas, Tempat sawa menyeru lampai; Berladanglah anak luas-luas, Kirimkan saya emping bertangkai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah berembang di atas para, Anak kumbang terlampai-lampai; Memakai subang kusangka dara, Rupanya memang ditebuk tupai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu. |
|
Tesaurus |
---|
| lampai (adjektif) | Bersinonim dengan semampai, sanjai, langsing, renjong, renceng, langkai, rigai, merunjau,
panjang ramping, ampai, kurus tinggi;, | | Kata Terbitan : melampai, |
|
Puisi |
---|
|
Daun entemu terlampai-lampai, Ditiup angin hala ke darat; Malam Sabtu hajat tak sampai, Ikut rasa hati melarat.
Lihat selanjutnya... |
|