SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIngin pergi Kuala Tembelang, Tamat berjalan Kuala Cik Bilang; Sakit di sendi ubat di tulang, Mana penyakit bolehkan hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuala Jengal pasir melayang, Selat Batu timbul telaga; Sudah banyak berkasih sayang, Tinggal aku tidak mengapa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuala Jengal pasir melayang, Nampak dari Teluk Belanja; Saya sungguh berasa sayang, Di situ tempat hendak bermanja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKuala Abang pasirnya putih, Tempat penyu membuat sarang; Apa guna hati merintih, Kekasih sudah dipinang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasir Raja diletak papan, Kuala Jengal diletak besi; Pasir Raja tempat mencari makan, Kuala Jengal tempat mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Kuala tanahnya merah, Kutip ulam pucuk berdaun; Ambo gila orang baju merah, Habis bulan berganti tahun. |
|
Puisi |
---|
|
Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|