SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRacik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKayu berikat si kayu api, Anak udang di bawah daun; Kalau tak dapat bagai di hati, Biar bujang seribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu |
|
Puisi |
---|
|
Kayu jelutung kayu di rimba, Mati bertimpa kayu kelat; Sudah untung kita berdua, Umpama ikan dalam belat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 315 A liar is not believed when he tells the truth Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya. Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya? Please don't make up stories because a liar is not believed when he tells the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday. Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|