SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJerat semata di hujung tanjung, Terkena landak jantan betina; Panjang dikerat pendek disambung, Untuk kita bekerjasama. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMemasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMenjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAir pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaru datang dari Palembang, Satu adik satu abang; Cari tali jerat kumbang, Bunga di taman biar kembang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke darat membeli mangkuk, Mangkuk berisi buah berangan; Racik dan jerat burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. |
|
Puisi |
---|
|
Angin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan
Lihat selanjutnya... |
|