SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan dibuka ikat ikan, Dayang Intan hendak ke perigi; Hilang ikut permata intan, Intan belum terbit lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiChah pukat dilanggar ikan, Ikan ada dalam perigi; Sila minta permata intan, Intan ada sekerat negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati. |
SumberSekalung Budi Seuntai BahasaPuisiAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIntan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIntan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIntan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
|
Puisi |
---|
|
Jangan dibuka ikat ikan, Dayang Intan hendak ke perigi; Hilang ikut permata intan, Intan belum terbit lagi.
Lihat selanjutnya... |
|