SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai sepatu Indera Bangsawan, Sayang pak imam pergi ke kota; Jangan begitu wahai kawan, Teguhkan iman di dalam dada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMemukul itik di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagi berdosa, Bertambah lagi kita yang jahil. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi zaman sekarang bermotor sangkut, Singgah sebentar rumah pak imam; Sebab adik tak mahu ikut, Dunia ini dunia pinjaman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Bedah orang Patani, Ikan toman dalam nipah; Tak sudah duduk begini, Panggilkan imam kita menikah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak menggulai babi; Nasi masak gulai pun masak, Imam sampai nikah tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKe laut mari mengail duri, Terasa pula badan nak demam; Putih kuning mengajak lari, Saya tak tahu rumah imam. |
|
Puisi |
---|
|
Memukul itik di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagi berdosa, Bertambah lagi kita yang jahil.
Lihat selanjutnya... |
|