SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTahan bubu tahanlah bubu, Bubu ditahan di hilir muara; Adinda ke hilir abang ke hulu, Sama mengalir air mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir perahu dari seberang, Dengar suara ayam berkokok; Kalau dah tahu harimau garang, Pasang jerat di pangkal pokok. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir sehari mudik sehari, Singgah menyincang nangka muda; Tak minum sehari makan sehari, Asalkan bertentang sesama muda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir mudik ke bandar raja, Raja ada di Pasir Panjang; Cantik molek manakan ada, Sedang elok pertimbangan abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir mudik batang berdahan, Batang mengkudu pecah uratnya; Haus lapar dapat kutahan, Hati rindu apa ubatnya? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir ke pekan tak sampai sehari, Singgah menyincang nangka muda; Kalau tuan tak makan sehari, Sudah bertentang janda muda. |
|
Puisi |
---|
|
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik, baik/datang Tidak diseru saya datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 283 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sambil berdendang, biduk hilir. We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|