SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau abang menebang ara, Hendaklah tebang dengan kapak; Kalau abang hendak berkira, Pergi berjumpa ibu dan bapak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRiang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKatang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendaklah |
|
Puisi |
---|
|
Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 485 A promise is a promise Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan Kata dahulu bertepati, kata kemudian bercarian He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise. Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kata dahulu bertepati, kata kemudian bercarian. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|