SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBarat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTiup angin selatan daya, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Kasih orang apanya daya, Nak lupa tak lupa masanya tidur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa daya dengannya kuku, Terlebih baik dengannya pedang; Tak usah dihantar sampai di pintu, Kakandamu boleh berjalan seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNaik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJohor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya |
|
Puisi |
---|
|
Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|