SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKentang bukan sebarang kentang, Kentang di pokok masak kari; Datang bukan sebarang datang, Datang memupuk hajat di hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKajang tuan kajang berlipat, Kajang kami mengkuang layu; Datang tuan datang bertempat, Datang kami terbuang lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTatang puan tatang cerana, Tatang melukut padi paya; Datang tuan datang semua, Datang menghibur hati saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTurun batang naik batang, Dapat seekor landak betina; Suruh datang saya datang, Sudah datang bena tak bena. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya malas berhuma di cerang, Naik batang turun batang; Saya malas duduk bujang, Sirih datang pinang datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang |
|
Puisi |
---|
|
Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 403 Troubles never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Sudah jatuh ditimpa tangga It is said that troubles never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|