SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi seberang naik perahu, Perahu berisi jerami padi; Cinta adik abang tak tahu, Cinta adik sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKembang indah menawan hati, Sayang terkerat di tengah hari; Cinta itu laksana api, Tersalah hemat membakar diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan diharap padi seberang, Entah bertuai entah tidak; Jangan diharap cinta orang, Entah bercerai entah tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga dedap lebat di dahan, Bila kembang warnanya merah; Kalau cinta menjerat badan, Hati juga selalu gelisah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan naik kereta kuda, Marilah kita berjalan kaki; Jangan kita main cinta, Nanti kita makan hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSapu tangan dari Sarawak, Dikirim orang balik ke Miri; Jangan dikenang cinta awak, Sudah lepas ke luar negeri. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta |
|
Puisi |
---|
|
Pergi seberang naik perahu, Perahu berisi jerami padi; Cinta adik abang tak tahu, Cinta adik sampai ke mati.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 338 Love is blind Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi. Kasih tidak bersekutu dengan bijak She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|