SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunyi kuang permatang tujuh, Gesel sembilu di tengah jalan; Dengar pesan abang jauh, Bangun merindu tengah malam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi mana kepayang yang gugur, Dengar akan bunyi labuknya; Di mana si dayangku tidur, Dengar akan bunyi jua batuknya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTabuh bunyi hari Jumaat, Itu bernama gendang raya; Bagai nabi kasih umat, Begitu juga kasih saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi; Petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya? |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi |
|
Puisi |
---|
|
Bunyi pungguk Kuala Sipitang, Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula abang datang, Abang tidak bermalam sini.
Lihat selanjutnya... |
|