SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan kutimba bukan kucebok, Anak gelama dalam bubu; Bukan kusila bukan kumabuk, Dari selama dah sahaja begitu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiItik bukan ayam pun bukan, Anaklah angsa memakan bertih; Adik bukan abang pun bukan, Sajalah saya hati nak kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah sudu pecah pingganku, Main gasing beramah-tamah; Bukan jodoh bukan lawanku, Macam anjing di bawah rumah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyam hutan terbang ke hutan, Sangkut sikit tali kemudi; Daging bukan darah pun bukan, Sangkut sikit kerana budi. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan |
|
Puisi |
---|
|
Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 187 There are plenty more fish in the sea Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta) Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. "Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend. ''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|