SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tak beli jangan dibelek, Kata orang bijak cerdik; Kalau dah undur terkam balik, Itu tanda umur nak pendek. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPakai tanjak pergi ke Acheh, Sarat pula baju jubahnya; Biar bijak jodoh dipilih, Kalau tidak kecewa padahnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berjamu lauknya kari, Nasi ditanak di pangkal sena; Orang berilmu bijak bistari, Bukanlah layak orang yang hina. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKumbang berdengung memakan kelicap, Mari diikat benang setuli; Orang Dungun sungguhlah bijak, Pandai sungguh mengambil hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApi-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiGulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga malai jatuh ke laut, Digulai itik bersama laksa; Apa soal tidak disahut, Sungguhlah bijak belum dewasa. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak |
|
Puisi |
---|
|
Anak cicak anak keredek, Rama-rama menyusur pantai; Dia bijak saya cerdik, Sama-sama mengadu pandai.
Lihat selanjutnya... |
|