Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh.

Takrif

Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasih tidak bersekutu dengan bijak.

Takrif

Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam.

Takrif

Orang yang bijak tidak perlu diajar lagi, kerana ia tahu sendiri. diperut = digulung kecil-kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bijak

Puisi
 

Anak cicak anak keredek,
     Rama-rama menyusur pantai;
Dia bijak saya cerdik,
     Sama-sama mengadu pandai.



Lihat selanjutnya...