SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMenari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSimpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang Sejingkat Muara Sambir, Nampak dari Kuala Tebedu; Banyaklah taubat di luar bibir, Di dalam hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah kandis luruh di hilir, Dimakan orang tidak bergaram; Hendak manis luar bibir, Manis tak hendak rasa ke dalam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetik selasih tumbuh di tubir, Masak nasi padi seberang; Banyak kasih di tepi bibir, Kasih sejati memang jarang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam kandis asam geligir, Taruh mari di dalam dulang; Mulutnya manis di luar bibir, Manis tidak sampai jua ke tulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bibir |
|
Puisi |
---|
|
Simpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|