SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMari bertolak darilah Punggul, Mari menuju di muara kami; Hati di mana tidaklah sugul, Melihat seorang anaklah kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPulak-pulak si papan-papan, Buah lemak digaul udang; Tuan bertolak kami berpesan, Jangan lama di negeri orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOlok-olok si pekan-pekan, Hari panas menjala udang; Kita bertolak kami berpesan, Jangan lama di bandar orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlak-ulak sampiran kain, Buah padi taruh di dulang; Kapal bertolak enjinnya bermain, Buah hatiku di kampung orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiUlak-ulak di pekan-pekan, Labu lama di jagung dulang; Kalau bertolak kami berpesan, Jangan lama di kampung orang. |
|
Puisi |
---|
|
Bertolak dari Kimanis, Belayar angin utara; Berhadapan mulutnya manis, Lain belakang lain bicara.
Lihat selanjutnya... |
|