SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSinggah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSinggah berlabuh di Tanjung Jati, Nakhodanya pakai si baju merah; Berasa berkenan di dalam hati, Abang nak tegur takut dimarah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal berlabuh di Tanjung Puri, Kapal bermuat si kayu manis; Bila terpandang cincin di jari, Sedih hati lalu menangis. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi kapal berlabuh, Singgah di Bentan membeli kopi; Bangun pagi sembahyang Subuh, Minta Tuhan tambahkan rezeki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTelur ayam labuhan kapal, Berlabuh turun ke sekoci; Bunga layu kebunlah tinggal, Kumbang mana menghimbau lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiWalau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik. |
|
Puisi |
---|
|
Sampan berlabuh di tepi teluk, Hendak belayar Kuala Daik; Santan dimakan kalau mabuk, Tentu bercampur barang tak baik.
Lihat selanjutnya... |
|