SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBelayar dari Mengurung, Patah tiang layang-layangan; Sudah mendapat bunga tempisung, Akan dibuang sayang-sayangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSekoci belayar di Lautan Hindi, Singgah sebentar mengangkat taut; Jangan dibiar kedapatan budi, Takut kecundang kasih berpaut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBawa belayar pisang emas, Masak sebiji di atas peti; Boleh dibayar hutanglah emas, Hutang budi dibawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPerahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang belayar ke Majapahit, Anak katak tepi ruang; Untung tuah kalau baik, Mana tercampak tidak terbuang. |
|
Puisi |
---|
|
Belayar dari Mengurung, Patah tiang layang-layangan; Sudah mendapat bunga tempisung, Akan dibuang sayang-sayangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 279 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul belayar sambil memapan, merapat sambil belayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|