SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak tepung tetak sedahan, Segar-segar pancung sekali; Mana kampung mana halaman, Telaga keruh bekas kumandi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak apong tetak sedahan, Anak Cina menyemai padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal jambatan bekas kumandi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutih jerami tanah lintar, Lintar menanah tiga puluh; Tiga hari mayat terlantar, Menanti kain bekas tubuh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMalam ini mengerik gemai, Mari letak atas batas; Malam ini kita beramai, Malam esok tinggal bekas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mengail di Kampung Tinggi, Sebarang ikan kena kailku; Saya bermain di kampung ini, Selamat tinggal bekas mainanku. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas |
|
Puisi |
---|
|
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Lihat selanjutnya... |
|