SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTengok-tengok bawah batang, Kalau ada ketam menyelit; Tengok-tengok abang datang, Kalau ada kirim duit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Amat bawah rumah, Daun selasih dibalik-balik; Minta maaf tuan rumah, Kami mula hendak balik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyaknya di bawah bunga bertabur, Harum berbau merata-rata; Rasa jiwa umpama lebur, Kerana rindu asyik bercinta. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa busuk di bawah bangku, Anak ayam mati terlentang; Siapa duduk dengan Cik Bongsu, Bagai bulan pagar dek bintang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang api di bawah belanga, Pakai memasak daging kerbau; Tuan pergi janganlah lama, Tidak berteman adik bergurau. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih hidup di bawah titi, Makan bersama buah papaya; Kasih datuk tersalah beri, Orang tidak menimbang rasa. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah |
|
Puisi |
---|
|
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 171 Easier said than done Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah. Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah "I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted. ''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|