SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPondok menjadi bangsal, Bangsal ada di hujung desa; Usul menunjukkan asal, Bahasa menunjukkan bangsa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana tidak diikat, Kain batik sama sujinya; Bagaimana tidak diingat, Orang baik bahasa budinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLayang-layang terbang melayang, Putus tali sambung benang; Siang malam terbayang-bayang, Budi bahasa terkenang-kenang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau udang dibuat gulai, Daging rusa dimasak kari; Kalau wang jadi pemakai, Budi bahasa pengiring diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak merak Kampung Cina, Singgah berhenti kepala titi; Emas perak kebesaran dunia, Budi bahasa tak dapat dicari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Emas Tanjung Ketapang, Tempat Uda mengail tenggiri; Bersalut emas hebat dipandang, Sayang bahasa ke mana pergi. |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa Melayu |
|
| Puisi |
|---|
|
Apa dijual apa dibeli, Mari sukat gantang Ali; Bahasa tak boleh dijual beli, Dari hidup sampai mati.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 361 Manners make the man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|