SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin ribut barat selatan, Sayang senduduk kayu kempas; Pasang jerat keliling hutan, Sekali lompat habis lepas, jerat/hutan |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi mana deru di situ ribut, Ribut diiring angin utara; Garam saya air di laut, Tak masin banyak sikit pun ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSuluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna angin bertiup, Kalau tak ribut gegak gempita; Apalah guna kita nan hidup, Kalau sama berputih mata. |
|
Puisi |
---|
|
Kelam-kabut Kuala Usai, Hujan tidak berhenti lagi; Angin ribut gelombang usai, Baik belayar lawan tepi.
Lihat selanjutnya... |
|