bimbingan berkarya-cerpen
kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi. Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika. Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen ialah
|
bimbingan berkarya-menulis skrip drama
menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari. Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang |
Pusat Dokumentasi Melayu - Dewan Bahasa & Pustaka
dan lengkap. Apabila DBP ditubuhkan dalam tahun 1956, salah satu bahagian yang terawal diwujudkan ialah Bahagian Perpustakaan. Visi para pejuang kemerdekaan kita sudah merasakan pentingnya segala khazanah persuratan Melayu dikumpulkan bukan saja untuk kajian yang akan dibuat tentang masyarakat Melayu, tetapi juga untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Amanat inilah yang telah mendorong setiap karyawan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) untuk
|
Kenal Kata - Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam kamus ini merupakan kosa kata bidang teknologi maklumat dan komunikasi, misalnya e-mel, menge-melkan, akses, mengakses, siber dan sebagainya. Kamus Dewan Edisi Keempat memudahkan pengguna bahasa Melayu yang bukan ahli dalam bidang mengetahui istilah yang digunakan oleh golongan profesional seperti perkataan disinflasi yang digunakan dalam bidang ekonomi, dan mikosis yang digunakan dalam bidang perubatan. Penambahan entri baru serta penambahbaikan |
Kamus Eleksis - Dewan Bahasa dan Pustaka
bahasa Melayu yang paling berwibawa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Harga untuk Semenanjung Malaysia RM498.00 . KANDUNGAN & CIRI MULTI FUNGSI Sebutan Tepat Sebutan bersuara manusia yang tepat sebutan Bahasa Inggeris, bukan sebutan bersuara elektronik. Komunikasi Mudah Bahasa Inggeris Rakaman komunikasi mudah bahasa Inggeris dalam pelbagai suasana yang biasa disediakan berserta dengan penerangannya sekali dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina. Kuiz Kosa
|
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
Tidak mengejutkan satu hari nanti, lagu-lagu rakyat hanya akan tinggal sebagai sejarah sahaja jika tiada usaha untuk menghidupkan dan mempopularkan kembali lagu-lagu tersebut. Ini kerana lagu-lagu rakyat bukan sekadar menghibur tetapi ianya banyak mengandungi unsur-unsur didikan secara tidak langsung. Ini jelas dapat dilihat dalam seni kata lagu-lagunya. Usaha yang dijalankan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bukan |
|
Puisi |
---|
|
Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung.
Lihat selanjutnya... |
|