ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
movable cultural heritage | warisan budaya tak tekal | ESG | Warisan budaya yang berstruktur tidak kekal, boleh dipindahkan dan dilindungi mengikut prosedur atau ketetapan undang-undang. Banding immovable cultural heritage. |
intangible cultural heritage | warisan budaya tak ketara | ESG | Warisan budaya berbentuk abstrak seperti bahasa, sistem kepercayaan dan tradisi yang mempunyai nilai budaya yang penting bagi masyarakat. |
chance find procedure | tatacara jumpaan tak sengaja | ESG | Prosedur khusus yang perlu diikuti sekiranya sebarang objek warisan budaya ditemui tanpa dijangka semasa aktiviti atau projek dijalankan. |
non-replicable cultural heritage | warisan budaya tak boleh sulih | ESG | Warisan budaya yang ketara dan tidak ketara yang tidak boleh dipindahkan ke lokasi lain atau tidak boleh digantikan dengan struktur atau ciri semula jadi yang serupa nilainya. Banding replicable cultural heritage. |
variable renewable energy (VRE) | tenaga boleh diperbaharui tak tetap (VRE) | ESG | Sumber tenaga boleh diperbaharui yang terhad mengikut fenomena semula jadi seperti tenaga suria dan tenaga angin. |