ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
lower carbon economy | ekonomi karbon lebih rendah | ESG | Sistem ekonomi yang bercirikan tahap pelepasan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding tahap pelepasan yang sedia ada. |
carrying capacity | daya tampung | ESG | Keupayaan alam sekitar untuk menampung tahap maksimum beban pencemar tanpa menjejaskan kelestarian alam. |
low carbon economy | ekonomi karbon rendah | ESG | Sistem ekonomi yang bercirikan tahap pelepasan gas rumah hijau yang rendah. |
corporate sustainability | kemampanan korporat | ESG | Pendekatan perniagaan yang terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik untuk organisasi dan pemegang kepentingan dalam konteks alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
energy audit | audit tenaga | ESG | Penilaian yang digunakan untuk mengukur penggunaan tenaga sesuatu peralatan atau sistem bagi memastikan tahap kecekapan tenaga. |
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) | Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) | ESG | Instrumen untuk pembaharuan tadbir urus korporat berdasarkan prinsip dan amalan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, melangkaui tahap minimum undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. |