ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
low carbon economy | ekonomi karbon rendah | ESG | Sistem ekonomi yang bercirikan tahap pelepasan gas rumah hijau yang rendah. |
lower carbon economy | ekonomi karbon lebih rendah | ESG | Sistem ekonomi yang bercirikan tahap pelepasan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding tahap pelepasan yang sedia ada. |
water stress | gawat air | ESG | Keadaan ketersediaan air yang rendah. |
decarbonisation levers | tuas penyahkarbonan | ESG | Kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi mencapai matlamat rendah karbon. |
downcycling | kitar susut | ESG | Proses mengitar semula bahan buangan kepada produk baharu yang lebih rendah kualiti dan fungsi berbanding bahan asal. |
decarbonisation | penyahkarbonan | ESG | Proses mengurangkan pelepasan karbon oleh individu, entiti atau negara untuk mencapai matlamat rendah karbon. |
transition risk | risiko peralihan | ESG | Risiko yang dihadapi oleh institusi kewangan dan syarikat ketika beralih kepada ekonomi rendah karbon. |
Just Transition Mechanism | Mekanisme Peralihan Saksama | ESG | Rangka kerja dasar untuk memastikan peralihan yang saksama ke arah ekonomi rendah karbon yang dibangunkan oleh Kesatuan Eropah. Mekanisme ini merupakan sebahagian daripada rancangan pelaburan Perjanjian Hijau Eropah. |
just transition | peralihan saksama | ESG | Peralihan kepada industri, kaedah penjanaan tenaga, amalan pembuatan dan model operasi yang berkeamatan karbon lebih rendah di samping memastikan keseimbangan sosioekonomi secara menyeluruh. |
green deal | kesepakatan hijau | ESG | Dasar, inisiatif, atau perjanjian yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Eropah untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar, mengurangkan pelepasan karbon serta beralih kepada ekonomi rendah karbon dan mesra alam bagi memastikan Kesatuan Eropah mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2050. Sinonim European Green Deal. |