ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
European Union Taxonomy | Taksonomi Kesatuan Eropah | ESG | Sistem pengelasan yang diasaskan oleh Kesatuan Eropah untuk menentukan aktiviti ekonomi yang boleh dianggap lestari. |
carbon leakage | ketirisan karbon | ESG | Situasi pemindahan operasi syarikat kesatuan eropah ke negara yang polisi iklimnya lebih longgar. |
Corporate Sustainability Reporting Directive (CSRD | Perintah Pelaporan Kemampanan Korporat (CSRD) | ESG | Peraturan yang diwajibkan oleh Kesatuan Eropah terhadap syarikat berskala besar dan syarikat tersenarai untuk mendedahkan maklumat terperinci tentang aktiviti alam sekitar, sosial dan tadbir urus. |
Carbon Border Adjustment Mechanism | Mekanisme Penyelarasan Sempadan Karbon | ESG | Sistem penyelarasan kadar cukai sempadan karbon bagi barangan import di luar blok ekonomi Kesatuan Eropah untuk mencegah ketirisan karbon. |
Just Transition Mechanism | Mekanisme Peralihan Saksama | ESG | Rangka kerja dasar untuk memastikan peralihan yang saksama ke arah ekonomi rendah karbon yang dibangunkan oleh Kesatuan Eropah. Mekanisme ini merupakan sebahagian daripada rancangan pelaburan Perjanjian Hijau Eropah. |
European Financial Reporting Advisory Group (EFRAG | Kumpulan Penasihat Pelaporan Kewangan Eropah (EFRAG) | ESG | Persatuan bebas yang memberikan saranan kepada Suruhanjaya Eropah dengan mewujudkan piawaian pelaporan kemampanan untuk Kesatuan Eropah. |
Shareholder Rights Directive (SRD) | Perintah Hak Pemegang Saham (SRD) | ESG | Peraturan bagi pelaksanaan hak pemegang saham pada mesyuarat agung syarikat yang didaftarkan dan sahamnya didagangkan di pasaran terkawal Kesatuan Eropah. |
green deal | kesepakatan hijau | ESG | Dasar, inisiatif, atau perjanjian yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Eropah untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar, mengurangkan pelepasan karbon serta beralih kepada ekonomi rendah karbon dan mesra alam bagi memastikan Kesatuan Eropah mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2050. Sinonim European Green Deal. |