ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
eutrophication | eutrofikasi | ESG | Keadaan badan air yang diperkaya dengan nutrien sehingga menyebabkan pertumbuhan alga dan tumbuhan akuatik secara berlebihan. Hal ini mengakibatkan pengurangan atau kehabisan kandungan oksigen dalam air sehingga membahayakan hidupan akuatik. |
water stress | gawat air | ESG | Keadaan ketersediaan air yang rendah. |
water security | keterjaminan air | ESG | Keadaan masyarakat yang mendapat bekalan air berkualiti secara berterusan dan mencukupi demi kelangsungan hidup dan pembangunan sosioekonomi. |
safety hazard | mudarat keselamatan | ESG | Keadaan yang berpotensi membahayakan dan merugikan manusia, alam sekitar dan harta benda. |
psychological safety | kesejahteraan psikologi | ESG | Keadaan individu yang berasa selamat dan bebas untuk menyuarakan pendapat, soalan atau kebimbangan. |
physical displacement | anjakan fizikal | ESG | Keadaan individu atau sekumpulan manusia yang terpaksa meninggalkan tempat tinggal disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bencana, pencabulan hak asasi manusia dan keganasan. |
pay inequity | ketaksaksamaan upah | ESG | Keadaan pemberian upah yang tidak setara kepada pekerja dengan fungsi pekerjaan yang sama disebabkan oleh faktor lain yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Sinonim pay disparity, pay gap. Banding pay equity. |
net positive | manfaat bersih | ESG | Keadaan yang membawa lebih banyak kebaikan kepada alam sekitar dan masyarakat berbanding keburukan. Sinonim net benefit. |
economic displacement | anjakan ekonomi | ESG | Keadaan individu atau sekumpulan manusia yang terpaksa berpindah disebabkan oleh kos hidup yang terlalu tinggi akibat kesan perubahan ekonomi. |
ecological connectivity | kesalinghubungan ekologi | ESG | Keadaan landskap semula jadi yang menjadi perantara kepada pergerakan organisma dan sumber alam sekitar seperti nutrien dan air. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata keadaan |
|
Peribahasa |
---|
| 254 Make hay while the sun shines Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap. Menjemur sementara panas "People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation. ''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|