ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
non-routine venting | pelohongan bukan rutin | ESG | Pelepasan gas ke atmosfera secara tidak terancang. Banding routine venting. |
non-routine flaring | penyuaran bukan rutin | ESG | Pembakaran sisa gas secara tidak berkala semasa operasi biasa. Banding routine flaring. |
involuntary resettlement | penempatan semula bukan sukarela | ESG | Perpindahan semula individu atau komuniti ke tempat yang lain secara paksa. |
World Benchmarking Alliance | Perikatan Piawaian Dunia | ESG | Organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menilai dan menentukan kedudukan syarikat berpengaruh dunia berdasarkan sumbangan terhadap Matlamat Pembangunan Mampan. |
Carbon Disclosure Project (CDP) | Projek Penyataan Karbon (CDP) | ESG | Organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan sistem global untuk pelabur, syarikat, bandar, negeri dan wilayah menyatakan impak pengoperasian mereka ke atas alam sekitar serta tindakan yang diambil untuk menguruskannya. |
Value Reporting Foundation (VRF) | Yayasan Pelaporan Nilai (VRF) | ESG | Organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang mengelola Prinsip Pemikiran Bersepadu, Rangka Kerja Pelaporan Bersepadu dan Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan untuk membantu perniagaan dan pelabur memahami nilai perusahaan. |
Forest Stewardship Council (FSC) | Majlis Urus Selia Hutan (FSC) | ESG | Organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang menggalakkan pengurusan hutan yang beretika di seluruh dunia. |
Sustainability Accounting Standards Board (SASB) | Lembaga Piawaian Perakaunan Kemampanan (SASB) | ESG | Organisasi bebas dan bukan berasaskan keuntungan yang menentukan piawaian industri khusus untuk membantu sesebuah perniagaan menyatakan maklumat kemampanan yang matan dari segi kewangan dan berguna untuk pelabur membuat keputusan. |
Climate Disclosure Standards Board (CDSB) | Lembaga Piawaian Penyataan Iklim (CDSB) | ESG | Konsortium antarabangsa yang terdiri daripada perniagaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan berkaitan alam sekitar yang memajukan dan menyelaraskan model pelaporan korporat sejagat untuk menyesuaikan modal semula jadi dengan modal kewangan. |
New Plastics Economy (NPE) | Ekonomi Plastik Baharu (NPE) | ESG | Inisiatif untuk mengubah ekonomi linear plastik menjadi ekonomi kitaran, iaitu plastik bukan sebagai bahan buangan tetapi boleh dikitar semula sebagai produk bernilai. |